
TAIPING: Kerajaan Perak meminta mana-mana pihak yang ingin melaksanakan pembangunan di kawasan bersejarah atau warisan di negeri ini supaya merujuk kepada garis panduan ditetapkan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK).
Menteri Besar, Saarani Mohamad, berkata langkah itu bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan menepati piawaian selain tidak mendatangkan kesan negatif terhadap kawasan berkenaan.
“RKK ini diwujudkan untuk mengelakkan daripada sebarang bentuk pembangunan yang dibuat dengan sewenang-wenangnya dan sekiranya tidak dikawal, ia akan memusnahkan nilai-nilai warisan itu.
“Oleh itu, kepada sesiapa yang menghantar pelan (pembangunan), kebenaran merancang (KM) perlu merujuk kepada RKK sebelum sesuatu pembangunan dibuat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sambutan…
