
PETALING JAYA: Sebuah kumpulan yang mewakili majoriti pemilik tanah di Kampung Sungai Baru menggesa kerajaan meneruskan projek pembangunan semula yang telah lama tertangguh di kawasan didiami penduduk Melayu itu.
Kumpulan itu telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, memaklumkan kepada kepentingan projek itu dan menyatakan kekecewaannya terhadap arahan beliau untuk menangguhkan projek pembangunan semula.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan Anwar mengarahkan penangguhan projek pembangunan semula itu sementara menunggu rundingan semula.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani memberi amaran bahawa kelewatan terbaru boleh menyaksikan penduduk Kampung Sungai Baru terpaksa menunggu lebih sedekad untuk projek pembangunan semula itu siap.
Beliau memberitahu FMT, isu yang…