

Bekas pembantu kepada seorang bekas menteri pelancongan, seni dan budaya, Saifullah Minggu berkata beliau telah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bersedia untuk memberi kerjasama kepada agensi itu.
Saifullah berkata beliau berhubung sendiri dengan pegawai SPRM bagi mendapatkan penjelasan susulan laporan bahawa agensi pencegahan rasuah itu sedang mencarinya untuk membantu siasatan.
“Saya dimaklumkan bahawa perkara ini hanya berkaitan keperluan kehadiran saya ke mahkamah bagi prosiding yang dijadualkan minggu hadapan,” katanya dalam kenyataan, lapor Utusan Borneo.
Isnin lalu, SPRM mengeluarkan kenyataan memaklumkan sedang mencari Saifullah bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Saifullah, 35, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8.8 juta pada 20 Nov tahun lalu selepas…