Hot FM

Pembantu dewan bedah antara 3 ditahan, disyaki edar dadah di hospital



Polis percaya semua suspek aktif dalam pengedaran dadah akhir tahun lalu di sekitar Wangsa Maju termasuk Lembah Klang.

PETALING JAYA: Seorang pembantu dewan bedah di sebuah hospital kerajaan antara tiga individu ditahan selepas disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

Polis tidak menolak kemungkinan suspek turut mengedar dadah dalam kawasan hospital untuk pelanggan tertentu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, tiga suspek termasuk seorang wanita berusia 40-an dan 50-an turut ditahan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Wangsa Maju menahan seorang lelaki berusia 40-an di Kampung Bandar Dalam, Setapak, 6.45 petang, Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu beg silang di dalamnya terdapat satu bungkusan ketulan mampat disyaki ganja seberat 1kg,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Ashari berkata, tangkapan suspek membawa polis ke rumahnya di kawasan Pudu dan menemui tiga lagi ketulan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version