
KUALA NERUS:
Pembantu tekong yang maut dalam kejadian bot karam ketika aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Nerus dekat sini malam tadi sempat menyelamatkan beberapa penumpang sebelum dipercayai kehabisan tenaga dan tidak sedarkan diri.
Abang sulung mangsa Ahmad Firdaus Mohmad Jalil, 47, berkata Ahmad Nasaruddin, 37, bekerja sambilan sebagai pembantu tekong pada setiap musim mencandat sotong sejak dua tahun lepas bagi menambah pendapatan.
Ahmad Firdaus berkata adiknya yang masih bujang keluar rumah pada petang semalam untuk membawa 10 peserta mencandat sotong, sebelum dirinya menerima maklumat bot itu karam pada kira-kira 10 malam.
“Arwah bekerja sebagai juruteknik tetapi dia memang mahir dan biasa ke laut. Apabila musim…