
PETALING JAYA: Seorang pembantu kepada Musa Aman menepis laporan spekulasi bahawa bekas ketua menteri itu akan mengetuai Pakatan Harapan (PH) Sabah.
Beliau yang enggan dinamakan memberitahu FMT laporan Malaysiakini itu bertujuan mencalarkan imej dan cuba mewujudkan pertelingkahan dengan bekas rakan politik Musa.
“Beliau kini hanya berehat dan meluangkan masa bersama keluarga..sesuatu yang tidak dapat dilakukannya ketika mengetuai pentadbiran negeri,” katanya yang turut tidak menolak kemungkinan ada cubaan pihak tertentu untuk menyinggung kumpulan lain.
“Orang ramai tidak perlu terlalu teruja atau bimbang dengan spekulasi hanya berdasarkan khabar angin.”
Terdahulu, sebuah media melaporkan Pengerusi PH Anwar Ibrahim didakwa sedang mencari jalan untuk meletakkan Musa sebagai peneraju gabungan itu di Sabah.
PH Sabah kemudiannya menafikan laporan yang mendakwa Musa akan mengetuai gabungan itu dan menegaskan…