
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) melalui jenama minyak masaknya, Saji memberi jaminan bekalan minyak masak sawit tulen kemasan botol di pasaran tempatan mencukupi menjelang Aidilfitri.
Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn Bhd Shammim Azad Kamruzaman berkata pihaknya telah mengambil langkah intervensi iaitu meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan bagi memastikan minyak masak diedarkan secukupnya kepada pengguna.

“Bekalan mencukupi kerana kita telah ambil langkah sewajarnya dengan kerjasama kerajaan untuk memastikan minyak masak dapat disampaikan secukupnya kepada pengguna di luar sana,” katanya selepas pelancaran filem pendek Saji sempena Aidilfitri.
Filem pendek bertajuk ‘Nas Si Goreng’…