Site icon Hot FM

Pembeli tak buat aduan, Miros tetap mahu nilai keselamatan Axia


Penilaian mahu dilakukan walaupun Perodua sudah memberi jaminan model Axia keluarannya selamat.

Miros akan menjalankan penilaian terhadap kereta terbaharu Axia keluaran Perodua susulan laporan ‘ketidakaturan prosedur’ ujian keselamatan di Jepun. (Gambar Perodua)

PETALING JAYA: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan menjalankan penilaian terhadap kereta terbaharu Axia berikutan laporan “ketidakaturan prosedur” di Jepun, walaupun belum menerima sebarang aduan keselamatan dari pemilik kenderaan itu.

Pengerusi Miros Wong Shaw Voon, berkata penilaian itu akan melibatkan model terbaru Axia dikeluarkan Perodua demi menjamin tahap keselamatannya.

“Kami tidak menerima sebarang aduan, namun kami akan meneliti dakwaan Perodua,” kata Wong kepada FMT susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Zainal Abidin Ahmad semalam menyatakan kereta Axia keluaran syarikat itu selamat dipandu.

Kereta Axia dihasilkan Perodua menerusi usaha sama dengan pengeluar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version