
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Melbourne membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap pemaju hartanah kelahiran Malaysia, Teen Boon Lye, selepas mengaku salah atas peranannya menguruskan pembayaran fraud sebanyak A$3.4 juta (RM9.5 juta) kepada perantara dari Malaysia untuk hartanah dibeli oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) Inc pada 2013.
Hakim Michael O’Connell membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman 21 bulan terhadap Teen, 72, susulan pengakuan bersalahnya atas tuduhan perakaunan palsu, menurut laporan News.com.au.
O’Connell memutuskan, keadaan unik kes berkenaan dan keadaan peribadi Teen mewajarkan hukuman bukan bersifat penahanan memandangkan 12 tahun telah berlalu sejak kesalahan dilakukan, selain masalah kesihatan Teen boleh…
