
GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berharap hujan akan turun sebanyak mungkin di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang susulan operasi pembenihan awan hari ini serta esok.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, K Pathmananthan berkata operasi itu diarah dan diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Jabatan Perdana Menteri serta dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Beliau berkata, PBAPP mengucapkan terima kasih kepada Nadma, TUDM, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan Pulau Pinang atas maklum balas pantas mereka terhadap permintaan pembenihan awan yang dibuat awal bulan ini.
“Menurut pemberitahuan rasmi daripada Badan Kawal Selia Bekalan Air Pulau Pinang (BKSA), penjadualan dan pelaksanaan operasi pembenihan awan tertakluk kepada keadaan atmosfera dan awan.
”Dalam tempoh 1 Feb hingga hari ini, PBAPP hanya…