Hot FM

Pembenihan awan tumpu 7 lokaliti di Kelantan


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata operasi pembenihan awan menumpukan kawasan sekitar Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Dabong, Kemubu dan Manek Urai. (Gambar Bernama)

SUBANG JAYA: Operasi pembenihan awan (OPA) di Kelantan memberi tumpuan kepada tujuh lokaliti strategik di sekitar negeri itu, dalam usaha mengatasi masalah penyusutan air Sungai Kelantan dan kemarau berpanjangan yang dihadapi pesawah.

Tujuh lokaliti tumpuan itu meliputi kawasan sekitar Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Dabong, Kemubu dan Manek Urai.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata pelaksanaan operasi itu, bertujuan meningkatkan paras air semasa Sungai Kelantan yang menjadi sumber utama pengairan kawasan penanaman padi seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

“Operasi ini dijangka dapat menambah baik sistem pengairan di kawasan Kemubu yang mengalami kemarau panjang. Ia secara langsung memberi manfaat kepada hampir…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version