KUALA LUMPUR: Anggota badan penasihat khas kepada menteri kewangan Rajah Rasiah menjelaskan namanya telah digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memudaratkan imej Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Bercakap menerusi akaun Facebook SELANGORfm 100.9, beliau berkata tindakan pihak terbabit merupakan sebahagian daripada usaha memutarbelitkan pembentangannya mengenai Belanjawan 2024 baru-baru ini dan menjejaskan imej perdana menteri.
“Baru-baru nama saya digunakan untuk mengkritik perdana menteri. Saya ingin menekankan bahawa saya sama sekali tidak menerima tafsiran sebegitu.
“Saya lihat itu adalah sebahagian usaha untuk memutarbelitkan pembentangan (belanjawan) saya demi memudaratkan imej Perdana Menteri. Saya menolak sama sekali pandangan yang tidak bertanggungjawab seperti itu,” katanya yang juga Profesor Ekonomi di Universiti Malaya menerusi akaun media sosial…