
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memperkukuh perlindungan serta menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat yang tampil mendedahkan kegiatan kartel atau amalan penipuan bidaan susulan pindaan Akta Persaingan 2010 (Akta 712) dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 (Akta 713).
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail berkata, perlindungan itu penting kerana kegiatan kartel lazimnya berlaku secara sulit dan di belakang tabir, justeru kerjasama pemberi maklumat yang mempunyai kaitan dengan syarikat atau pengguna amat diperlukan.
“Sebelum ini, perlindungan memang ada namun tidak mencukupi … sekarang kami pertingkatkan lagi perlindungan selain memberi ganjaran.
“Ada pengadu yang tampil memberi maklumat sebelum ini tetapi apabila tiada ganjaran diberikan, mereka balik,” katanya dalam…