
PETALING JAYA: Penjawat awam bimbang menjadi pemberi maklumat mengenai bos atau rakan sekerja mereka kerana pengadu akhirnya berkemungkinan berdepan masalah, apabila diambil kira amalan sedia ada, kata bekas kakitangan awam dan yang sedang berkhidmat.
Mengikut sistem sedia, ketua jabatan terlalu berkuasa, kata mereka.
Memohon nama tidak didedahkan kerana bimbang kesannya, mereka mendakwa sudah melihat terlalu banyak yang berlaku dalam perkhidmatan awam, dan berpendapat lebih baik tidak masuk campur dan melupakannya sahaja, berbanding berdepan kekangan seperti dipindahkan secara mengejut.
Budaya menakut-nakutkan sememangnya wujud dengan amalan berleluasa rakan sekerja memburuk-burukkan satu sama lain untuk mendapat perhatian bos agar mendapat kenaikan pangkat dan pujian, menjurus kepada peningkatan…