

Majlis Kewangan Negara hari ini bersetuju meningkatkan pemberian kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri yang dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini, berbanding RM10.3 bilion pada 2025.
Kementerian Kewangan memaklumkan, majlis turut bersetuju menambah baik pemberian kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri, khususnya Pemberian Senarai Bersama, Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri dan agihan Cukai Pelancongan.
Pemberian kerajaan persekutuan di bawah kerajaan Madani meningkat daripada RM8.1 bilion pada 2022 kepada RM10.3 bilion tahun lepas, tambahnya.
“Peningkatan ini ialah rentetan kenaikan kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang (PMBO) bermula 2026 seperti yang digariskan oleh Kerajaan Madani,” menurut kementerian.
“Bagi meningkatkan kemampanan…