
Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah mengingatkan pemborong beras supaya segera mengambil bekalan yang dibeli daripada pembekal bagi memastikan kelancaran pengedaran dan bekalan kepada pengguna.
Menteri Jamawi Jaafar berkata terdapat 3,000 tan beras dibeli oleh beberapa pemborong tiga hari lalu, namun masih belum diambil dan tersimpan di stor Padiberas Nasional Berhad (Bernas).
“Saya minta pemborong menyediakan lori untuk membawa keluar (mengangkut) bekalan beras yang telah ditempah (dari pembekal).
“Saya tidak mahu ia menjadi satu proses sabotaj oleh pemborong untuk kononnya menaikkan harga,” katanya kepada pemberita selepas program sesi libat urus bersama Jabatan Perparitan dan Saliran Sabah.
Beliau memberi jaminan harga beras khususnya di Sabah tidak akan mengalami sebarang kenaikan kerana…