Penyanyi Yonnyboii berkongsi pengalaman pernah menjadi mangsa buli ketika masih berada dibangku sekolah.
Kata pelantun lagu Sakit itu, pelajar yang lemah sering dijadikan sasaran malah, lebih menyedihkan orang lain tidak akan mengambil tindakan kerana menganggap perkara itu sudah biasa.
“Saya senang jadi target buli sebab saya seorang yang lemah. Orang nampak kita ni lembik, nampak macam kita tak boleh nak defend diri sendiri jadi benda itu orang suka. Suka untuk jadikan orang lemah ni sebagai target buli.
“Benda ni tak kelakar okay, sebab itu saya berpindah randah banyak sekolah.
“Yang menyedihkan saya lagi, orang tak akan ambil tindakan sebab orang nampak benda tu macam biasa.
“Benda ni kita tak tahu macam mana dia kacau. Macam kes ni (arwah Zara Qairina) sedih saya, dulu dekat dalam asrama sama juga.
“Saya pun dulu benda yang sama jadi tapi sebab benda tu tradisi. Mereka macam tutup mata sahaja. Warden pun dia takkan nampak benda tu macam not it’s a big thing,” katanya.

Mengulas lanjut, Yonnyboii atau nama lengkapnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 27, menjelaskan, pembuli tidak akan berasa insaf malah mereka lupa apa yang mereka telah lakukan.
“Benda ni dia tak biasa kalau tak diajar, mereka tak akan belajar benda ni sebab saya jumpa balik ‘pembuli’ saya.
“Apa yang saya perasan, mereka buat apa mereka lupa apa salah mereka. Saya bukan nak minta mereka datang minta maaf , saya tak nak pun.
“Saya sedih yang mereka macam tak ada rasa sense of remorse. Dan, apa yang mereka buat tu saya ingat sampai mati, saya akan ingat benda tu. Bukannya sebab kita nak ungkit tapi sebab dia sudah ada dekat dalam otak.
“Sampai mati benda tu saya boleh bawa sebab benda tu tak okay, benda tu kacau dengan kita dan saya tak nak satu hari nanti anak saya lalui benda yang sama.
“Tolong ambil tindakan benda ni macam remeh sahaja. Benda ni benda lagi serius kalau kita tak ambil tindakan benda ni tak stop. Dia akan berulang dan akan jadi tradisi,” jelasnya.
View this post on Instagram