Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pembunuh pelajar bebas, Mahkamah Persekutuan tukar hukuman ke 40 tahun penjara

today21 November 2023

Background


John Nyumbei dibebaskan hari ini selepas menjalani 30 tahun hukuman penjara atas pembunuhan kejam pelajar sekolah di Bau, pada 1993. (Gambar Reuters)

KUCHING: Panel semakan Mahkamah Persekutuan mengurangkan hukuman penjara sepanjang hayat seorang lelaki kepada maksimum 40 tahun penjara kerana membunuh seorang pelajar sekolah perempuan, melakukan seks dengan mayat yang kemudian dipenggal kepalanya.

Sidang tiga hakim dipengerusikan Zabariah Yusof memerintahkan tempoh hukuman penjara John Nyumbei bermula pada 18 Mac 1993, iaitu tarikh dia ditahan.

Susulan semakan hukuman, lelaki berusia 57 tahun itu dibebaskan hari ini, mengambil kira satu pertiga hukuman telah dijalani, kata peguamnya, Joshua Baru Bian kepada FMT.

Hakim Zabariah bersidang bersama Rodzariah Bujang dan Abdul Karim Abdul Jalil.

Permohonan dibuat John difailkan mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan).

John, pada asalnya dikenakan hukuman mati oleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post