
PETALING JAYA: Bot nelayan komersial menjadi bahagian penting penyeludupan bahagian harimau yang diburu secara haram di Malaysia, kerana ia membawa muatan lebih besar pada kos lebih murah serta kurang berisiko diperiksa pihak berkuasa berbanding laluan darat atau udara.
Menurut laporan Associated Press (AP), bot nelayan komersial merupakan sebahagian daripada rangkaian laluan yang digunakan oleh sindiket pemburu haram terancang untuk memindahkan bahagian harimau dan haiwan lain yang diburu secara haram ke Vietnam.
Laporan mengenai kepupusan kritikal harimau Malaya itu memetik kajian Universiti Sunway serta organisasi pemuliharaan Panthera dan Zoological Society of London (ZSL).
Lebih 50 individu yang terlibat dalam operasi ini, termasuk pemburu haram dan broker penjualan barang seludup, ditemu bual sebagai…