Penumpang yang terbang ke destinasi antarabangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan menjalani pemeriksaan keselamatan di pintu pelepasan bermula 1 Januari ini.
Memetik Free Malaysia Today, Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa pemindahan lokasi pemeriksaan keselamatan daripada kawasan selepas imigresen ke pintu pelepasan bertujuan melancarkan pergerakan penumpang sebelum menaiki pesawat, memandangkan susun atur sedia ada…