Susulan laporan media mengenai serbuan di rumah Hamzah Zainudin minggu lepas, LHDN berkata, penguatkuasaan dijalankan ‘tanpa rasa takut atau pilih kasih’.

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menolak dakwaan wujudnya motif politik susulan laporan media bahawa rumah Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin diserbu dan digeledah minggu lepas.
LHDN belum mengesahkan sebarang tindakan diambil di rumah Hamzah dan beliau sendiri menafikan rumahnya di Damansara “diserbu”.
Bagaimanapun, LHDN berkata hari ini, pemeriksaan ke atas premis kediaman pembayar cukai adalah sebahagian daripada kegiatan penguatkuasaan yang dijalankan oleh agensi itu dan bukan langkah menyasarkan individu tertentu.
“Pemeriksaan tidak menyasarkan kumpulan tertentu, sebaliknya dilaksanakan kepada semua pembayar cukai yang disiasat berkaitan kes percukaian,”…