
PETALING JAYA: Amanah akan mengekalkan model pemilihan kepemimpinan parti berasaskan kosensus, mengambil iktibar beberapa pemimpinnya terutama Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub yang dibuang ketika bersama PAS pada 2015.
Naib Presiden, Adly Zahari, berkata model itu membolehkan setiap pemimpin dinilai berdasarkan pencapaian dan nilai yang dibawa mereka.
Katanya, pemilihan dilakukan untuk 27 pemimpin utama bagi membentuk kepemimpinan termasuk bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta ketua sayap Pemuda, Wanita dan Wanita Muda.
“Model kepemimpinan Amanah mungkin tidak sama dengan parti politik lain, tetapi tujuan kita menggunakan model ini untuk membolehkan semua bakat dalam Amanah dinilai ahli dan menjadi pemimpin peringkat nasional.
“Ketika ini, Amanah dalam proses mesyuarat agung sehingga…