Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemilihan Amanah: Dzulkefly dapat undian tertinggi, Mat Sabu ke-8

today24 December 2023

Background


Dzulkefly Ahmad memperolehi undi tertinggi mengatasi Mohamad Sabu dalam Pemilihan Amanah sesi 2023-2026 hari ini.

KLANG: Pemilihan Amanah sesi 2023-2026 hari ini menyaksikan Dzulkefly Ahmad memperolehi undi tertinggi iaitu 900 undi bagi merebut 27 tempat Ahli Jawatankuasa parti itu.

Keputusan itu juga menyaksikan jumlah undi diperolehi beliau mengatasi jumlah undi diraih penyandang jawatan presiden, Mohamad Sabu dengan 613 undi di tangga kelapan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berada dalam senarai kedua tertinggi dengan mendapat 899 undi manakala Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof berada di tangga ketiga dengan 755 undi.

Pemilihan Amanah kali ini juga menyaksikan majoriti muka lama kekal manakala beberapa muka baharu berjaya memenangi jawatan tertinggi parti itu termasuk Adun Taman Templer Anfal Saari.

Antara pemimpin yang tewas pada pemilihan ini ialah Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan, Adun Kota Lama,Hafidzah Mustakim, bekas Ahli Parlimen…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin dan Amirul Aiman


Previous post