
PETALING JAYA: Meskipun pelbagai spekulasi bertebaran, belum ada petanda Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan dicabar pada pemilihan parti tahun ini selepas ditunda 18 bulan sejak Mei 2023.
Sumber parti mengatakan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin tidak layak dari segi perlembagaan parti untuk bertanding lima jawatan tertinggi termasuk presiden, yang terbuka kepada ahli yang menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sekurang-kurangnya dua penggal penuh.
Sementara itu, Ahmad Faizal Azumu selaku timbalan Muhyiddin yang juga antara pengasas Bersatu memilih berdiam diri mengenai rancangannya pada pemilihan parti.
“Wallahualam… esok hidup atau tak pun kita tak pasti lagi… tunggulah nanti,” kata bekas Ahli Parlimen Tambun itu kepada FMT, mengenai jawatan bakal ditandingi menjelang pemilihan parti.
Faizal atau dikenali Peja menang tanpa bertanding…