Hot FM

Pemilihan Bersatu: Lebih banyak muka baharu dijangka barisi kepimpinan


Rosol Wahid berkata 31 Ahli Parlimen dan 60 Adun parti itu memberikan perwakilan lebih banyak pilihan calon untuk memegang jawatan pemimpin parti bagi tempoh tiga tahun akan datang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bersatu mungkin melihat lebih banyak muka baharu dalam kepimpinan tertinggi selepas pemilihan parti tahun ini, menurut seorang ahli majlis tertinggi.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, berkata ini disebabkan parti itu mempunyai lebih banyak Ahli Parlimen dan Adun kini berbanding ketika mengadakan pemilihan parti pada 2020.

Rosol Wahid.

Menurutnya, penambahan itu memberikan perwakilan lebih banyak pilihan calon untuk memegang jawatan pemimpin parti bagi tempoh tiga tahun akan datang.

“Ada ‘line up’ baharu, insya-Allah. Sebab kita dah ramai Ahli Parlimen dan Adun,” kata timbalan ketua Bersatu Terengganu itu kepada FMT.

Bersatu mempunyai 31 Ahli Parlimen dan 60 Adun. Pemilihan parti dijangka diadakan tahun ini selepas ditangguhkan selama 18…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version