Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemilihan PKR: Altimet berdepan timbalan speaker Selangor di Ampang

today10 April 2025

Background


Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang lebih dikenali sebagai Altimet berkata buat masa ini tumpuannya kekal pada persaingan peringkat bahagian.

PETALING JAYA: Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, lebih dikenali sebagai penyanyi rap Altimet akan menentang Timbalan Speaker DUN Selangor, Kamri Kamaruddin dalam persaingan merebut jawatan ketua bahagian PKR Ampang.

Kamri, seorang pemimpin PKR yang berpengalaman, mengesahkan hasrat kembali bertanding selepas berundur dalam pemilihan parti sebelum ini pada 2022.

“Pada pilihan raya lalu, saya menarik diri pada saat akhir bagi memberi laluan kepada Altimet menerajui bahagian Ampang untuk satu penggal,” katanya kepada FMT.

“Kali ini, saya rasa ada keperluan untuk saya kembali dan menerajui bahagian itu semula. Saya lihat ada sokongan dan kepercayaan daripada ahli akar umbi untuk saya memikul peranan ini.

“Terdapat juga keinginan daripada lapangan untuk memilih pemimpin baharu – seseorang yang mungkin muka lama,” kata Kamri,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Elill Easwaran


Previous post