Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemilihan PKR: Calon perlu bebas senarai hitam JPPM

today25 February 2025

Background


PKR akan mengadakan pemilihan pada April dan Mei ini untuk memilih pimpinan penggal seterusnya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Semua ahli PKR yang ingin bertanding pada pemilihan parti dijadualkan April dan Mei ini perlu bebas daripada senarai hitam Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Setiausaha Agung Fuziah Salleh berkata, peringatan itu dikeluarkan baru-baru ini bagi mengelakkan parti dikenakan tindakan kerana terikat dengan Akta Pertubuhan.

“Sekiranya ada pemegang jawatan yang disenarai hitam oleh JPPM maka parti boleh dikenakan tindakan.

“Itu alasannya (mereka) tidak dibenarkan bertanding,” katanya kepada FMT mengulas penularan arahan didakwa dikeluarkan olehnya berhubung perkara itu.

“Bukan arahan tetapi sekadar peringatan.”

Beliau berkata, ketika ini semua pimpinan parti tidak termasuk dalam senarai hitam JPPM.

“Memang ada persefahaman antara kami sebab itu memang syarat JPPM. Cuma kali ini saya beri penekanan,” katanya.

Pertandingan bagi jawatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post