Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemilihan PKR: JPP teliti bantahan selepas undian selesai, kata Zaliha

today15 April 2025

Background


Zaliha Mustafa
Pengerusi JPP PKR Dr Zaliha Mustafa berkata, segala keputusan berhubung bantahan akan diumumkan selepas proses pengundian pada peringkat cabang selesai.

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR akan meneliti setiap bantahan terhadap keputusan pemilihan parti 2025 selepas proses pengundian pada peringkat cabang selesai, kata pengerusinya, Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, jawatankuasa itu mengambil maklum bantahan yang dikemukakan dan akan meneliti setiap satu bersama pihak pembina sistem dan juruaudit yang dilantik.

“Segala keputusan berkenaan dengan bantahan akan diumumkan selepas semua proses pengundian pada peringkat cabang selesai,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengingatkan pengundi fasa kedua supaya memuat turun atau mengemas kini aplikasi Adil kepada versi terbaru sebagai persediaan untuk proses pengundian.

Katanya, fasa pertama pemilihan, melibatkan cabang, Pemuda dan Wanita cabang di tujuh negeri, diadakan dari 11 hingga 13 April lepas.

Sementara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post