Site icon Hot FM

Pemilik bengkel ditembak mati di Kelantan


Pasukan forensik polis memeriksa tempat kejadian seorang lelaki dipercayai ditembak mati di Kampung Hutan Kuin, Machang. (Gambar Utusan Malaysia)

PETALING JAYA: Seorang pemilik bengkel dipercayai ditembak mati di depan sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, Machang, Kelantan.

Utusan Malaysia melaporkan mangsa berusia 30-an itu ditemui mati di tempat duduk pemandu Mitsubishi Triton.

Saksi, Zulkarnain Abdullah berkata beliau terdengar tiga das tembakan secara berturut-turut kira-kira 5.30 petang ketika berada dalam kedai runcitnya beberapa meter dari tempat kejadian.

“Saya terus bergegas keluar dan mendapati dua kereta memecut laju selepas bunyi tembakan itu.

“Saya keluar dari kedai dan menjenguk ke dalam Mitsubishi Triton itu sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.”

Katanya, orang awam terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Zuki Ibrahim berkata beliau hanya tahu mengenai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version