Kadang-kala, kita sebagai pengguna jalan raya terpaksa berdepan dengan situasi di mana laluan dihalang oleh segelintir Marshall ‘sesat’ walaupun tiada sebarang kecemasan atau escort orang kenamaan negara.
Didakwa dek kerana dibayar upah, Marshall ini sedia menghalang laluan jalan raya demi melancarkan perjalanan individu tertentu. Perbuatan mereka sering menjadi perbincangan hangat di media sosial kerana dianggap menghalang laluan dengan sengaja.