Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemilik kedai perabot maut dilanggar kereta mengundur

today27 August 2024

Background


Anggota bomba dan polis mengeluarkan mangsa yang maut dilanggar keretanya yang mengundur di Kampung Pasir Putih, Sik, petang tadi. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang pemilik kedai perabot maut selepas dipercayai dilanggar kenderaan pacuan empat roda miliknya yang mengundur sendiri di Kampung Pasir Putih, Sik, petang tadi.

Ketua Polis Sik Abdull Razak Osman berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, Lim Gok Hong, 59, yang berada di kebun betik miliknya keluar dari kenderaan untuk menutup pagar dengan meletakkan gear dalam kedudukan neutral sambil menarik sedikit brek tangan kereta.

“Sewaktu mangsa menutup pintu pagar, secara tiba-tiba kenderaan itu mengundur ke belakang lalu terlanggarnya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa terhimpit di bawah kenderaan terbabit,” katanya menurut Harian Metro.

Razak berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post