Site icon Hot FM

Pemilik Kereta BMW Cabut Lari, Enggan Bayar Kos Baiki Kereta Bernilai Sehingga RM38K


Kejadian itu berlaku ketika mereka cuba menghalang pelanggan melarikan kenderaan BMW yang siap dibaiki tanpa membayar kos penyelenggaraan.

Menerusi kenyataan di Facebook, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.54 malam daripada lelaki berusia 29 tahun yang pemilik bengkel.

“Berdasarkan laporan itu, Sabtu lalu kira-kira 12 tengah hari, lelaki berusia 40-an datang ke bengkel mangsa untuk membaiki kerosakan kereta yang dianggarkan bernilai RM38,000.

“Semalam, kira-kira 8 malam, pelanggan sama datang semula ke bengkel itu bersama rakannya berusia 40 tahun dan berpura-pura mahu memandu uji keretanya, namun mereka bertindak melarikan kenderaan terbabit,” katanya.

Tambah beliau, semasa kejadian suspek meminta pekerja bengkel itu memeriksa but kereta, namun rakan suspek tiba-tiba menyembur pemedih mata ke arah lelaki terbabit sebelum melarikan kenderaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version