Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemilik, penyewa gaduh pertikai sewa rumah naik

today13 September 2022

Background



Tangkap layar video tular menunjukkan insiden pergaduhan di Pasir Mas Ahad lalu.

PETALING JAYA: Pertikaian kenaikan sewa rumah antara penyewa dan pemilik dikenal pasti punca pergaduhan beberapa individu di Pasir Mas, Kelantan, Ahad lalu.

Video pergaduhan selama 17 saat itu tular di Facebook sejak semalam.

Ketua Polis Pasir Mas, Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata pertikaian dan pergelutan berlaku kerana penyewa berjanji menyerahkan kunci rumah pada hari kejadian, tetapi gagal berbuat demikian.

“Kedua-dua pihak terlibat sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas bagi memberi keterangan dan menyelesaikan pertikaian tersebut.

“Hasil perbincangan, kedua-dua pihak mengakui kesilapan masing-masing dan tidak berhasrat memanjangkan kes itu. Mereka juga mahu menyelesaikan perkara tersebut secara baik,” katanya dalam kenyataan.

Nasaruddin berkata, tiada kecederaan serius dialami kedua-dua pihak dalam pergaduhan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post