
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata hampir 40 pemilik rumah menjadi mangsa penipuan tawaran pengubahsuaian dalam talian.
Katanya, mangsa meletakkan kepercayaan terhadap kontraktor yang menjanjikan pengubahsuaian berdasarkan cita rasa mereka dalam catatan media sosial dan laman web.
“Menyedihkan apabila sebahagian mangsa ialah pembeli rumah kali pertama. Mereka menyimpan wang selama berdekad untuk membeli rumah. Selepas memiliki rumah impian, mereka mahukan reka bentuk tertentu.
“Akhirnya, kontraktor ini merosakkan rumah mereka,” katanya dalam pelancaran video yang memberi amaran kepada orang ramai berhubung penipuan terbabit.
Bernama melaporkan video dihasilkan Persatuan Rakan Industri Reka Bentuk Dalaman Malaysia (MIIP) itu dirasmikan Zaid Zakaria, ketua eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Perjanjian pembinaan
Beliau…
