
MELAKA: Seorang wanita berusia 46 tahun yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor direman enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri dua tahun lalu.
Menurut sumber, suspek ditahan 4.45 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
“Suspek disiasat berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri secara bersindiket,” katanya.
Kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi serta hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Permohonan reman terhadap suspek dibuat SPRM di depan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman…