Site icon Hot FM

Pemilik syarikat, pekerja didakwa kemuka dokumen palsu insentif Penjana


Pemilik syarikat Arrie Syahiman Mohd Zain dan pekerjanya Nurul Azwani Mohd Razali masing-masing menghadapi tiga pertuduhan bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik syarikat dan pekerjanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana) berjumlah RM126,100, dua tahun lalu.

Pemilik syarikat, Arrie Syahiman Mohd Zain, 33 dan pekerjanya Nurul Azwani Mohd Razali, 37, masing-masing menghadapi tiga pertuduhan bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mereka dituduh memberi Borang Pengesahan Pekerja bawah program itu yang mengandungi butiran palsu kepada seorang pegawai Perkeso bagi menuntut insentif keseluruhan berjumlah RM126,100 di pejabat Perkeso di Kuala Terengganu pada Jun dan Julai 2021.

Kesalahan tersebut boleh dihukum…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version