
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiada lagi hak menghalang piket Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin berlangsung di tapak sekarang, kerana pemilik dikatakan baru sahaja mengizinkan penganjur menggunakannya.
Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin, Tian Chua, berkata isu ‘tempat tak sesuai’ tidak lagi timbul kerana pihaknya telah dapat kelulusan untuk terus menggunakan kawasan berkenaan sehingga 31 Disember, selepas berjumpa pemilik tapak.
“Malam ini dia sudah menghantar satu surat menerusi WhatsApp untuk membenarkan kami guna semua kawasan.
“Jadi tak wujud isu DBKL untuk halang kita,” katanya kepada pemberita berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat malam tadi.
Sementara itu, Tian memaklumkan DBKL pagi tadi mencadangkan beberapa kawasan lain untuk piket enam hari itu, antaranya Padang Merbok dan Ampang…