
Cadangan memberi ketua pembangkang peranan menentukan agenda persidangan Dewan Rakyat mendapat reaksi berbeza daripada pemimpin blok kerajaan, dengan Amanah menolaknya manakala seorang Ahli Parlimen PKR mahu perkara itu dipertimbangkan lebih lanjut.
Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil berkata tiada keperluan melaksanakan cadangan itu ketika ini, manakala Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mengalu-alukan langkah berkenaan dan mahu ia dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
Faiz berkata walaupun amalan seumpama itu wujud di beberapa negara maju, pendekatan berkenaan tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana menurutnya pembangkang masih belum menunjukkan kematangan sebagai semak dan imbang.
“Walaupun ada beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Kanada mengamalkan cadangan itu,…