
Seorang ketua bahagian PKR sedang mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Sari dalam PRN Sarawak akan datang, meskipun parti itu memutuskan untuk tidak menyertai pilihan raya berkenaan.
Ketua PKR Lawas, Zahid Matserudin, berkata beliau telah membeli borang pencalonan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi masih belum membuat keputusan muktamad kerana sedang mempertimbangkan beberapa faktor.
“Saya mungkin bertanding sebagai calon bebas. Saya masih mempunyai beberapa hari sebelum hari penamaan calon untuk memikirkan perkara ini,” katanya menurut Borneo Post.
Zahid berkata beliau kecewa dengan keputusan kepimpinan PKR Sarawak untuk tidak bertanding dalam PRN itu bagi mengekalkan hubungan baik dengan gabungan pemerintah negeri, Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Bagaimanapun, beliau berkata tetap…