Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemimpin BN tiba untuk mesyuarat di Ibu Pejabat Umno

today23 November 2022

Background



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi antara pemimpin yang tiba untuk menghadiri mesyuarat di Menara Dato Onn.

KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) tiba untuk mesyuarat di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, susulan pertemuan dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN) petang tadi untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Antara pemimpin yang dilihat memasuki bangunan itu ialah Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi serta Johari Ghani.

Difahamkan, mesyuarat itu bagi membincangkan tawaran PN untuk pembentukan kerajaan persekutuan.

Semalam, Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob berkata, BN memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PN atau Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan persekutuan, sebaliknya akan kekal sebagai pembangkang.

Ini menyusul rundingan pemimpin BN dan PH berhubung penubuhan kerajaan persekutuan.

Terdahulu, Zahid…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Elill Easwaran


Previous post