Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemimpin DAP ‘kunci mulut’ selepas Ronnie kata akan keluar parti

today8 October 2022

Background



Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat Ronnie Liu, berkata beliau memutuskan untuk meninggalkan parti itu baru-baru ini dan akan menjelaskan tindakannya itu tidak lama lagi.

PETALING JAYA: ADUN veteran DAP Ronnie Liu, berkata beliau “tiada pilihan” dan akan segera keluar parti selepas menjadi ahli selama 40 tahun.

Pimpinan tertinggi DAP antaranya Setiausaha Agung Anthony Loke dan Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng, tidak memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan Liu yang akan keluar parti.

Liu memberitahu FMT bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan tindakannya keluar parti.

“Saya hanya memutuskan tindakan ini baru-baru ini. Saya sedang menyediakan kenyataan ketika ini dan kamu akan mengetahuinya tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi.

Liu ialah Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat dan ADUN Sungai Pelek Selangor selama dua penggal.

Liu berkata, beliau telah bersama DAP sejak 1982 dan telah mengasaskan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post