Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemimpin GPS beri bayangan PRN sebelum suku terakhir tahun ini

today4 June 2026

Background


Sim Kui Hian
Naib Pengerusi GPS Dr Sim Kui Hian seru ahli SUPP bersiap sedia hadapi aktiviti politik semakin rancak. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Naib Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dr Sim Kui Hian, memberi bayangan bahawa PRN Sarawak bakal diadakan sebelum suku terakhir tahun ini.

Berucap pada majlis sambutan ulang tahun Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-67, Sim menggesa ahli bersiap sedia menghadapi aktiviti politik yang semakin rancak, serta mempertingkatkan usaha mendekati masyarakat.

“Kita akan bertarung dalam tempoh kurang daripada 100 hari dari sekarang. Oleh itu, kita perlu mula bergerak,” kata beliau, memetik laporan Dayak Daily.

Beliau menambah PRN ke-13, yang sepatutnya diadakan paling lewat pada April 2027, bukan sekadar untuk merebut kerusi, malah akan menentukan agenda pembangunan Sarawak menuju 2030.

“Pilihan raya ini akan menentukan sama ada Sarawak akan terus berkembang menjelang tahun 2030. Adakah kita sudah matang, atau adakah kita masih dalam proses…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post