HULU SELANGOR: Pemimpin MIC Hulu Selangor akan terus memujuk ahli parti yang masih “liat” menerima kerjasama dengan DAP, ketika kerajaan perpaduan tekad pertahankan DUN Kuala Kubu Baharu yang akan memilih wakil rakyat baharu 11 Mei ini.
Ketua MIC Hulu Selangor, K Balasundaram, berkata golongan tersebut merupakan minoriti dalam kalangan ahli yang menerima kerjasama itu.
“Saya selalu pesan kepada ahli MIC kita kena terima hakikat politik sekarang perlu kerjasama dengan semua pihak untuk kebaikan masyarakat India,” katanya kepada FMT.
Balasundaram berkata pihak berusaha memobilisasikan sebahagian besar daripada 2,500 ahli MIC untuk pilihan raya kali ini.
“Hanya baki kurang 20% lagi yang tidak boleh menerima kerjasama dengan DAP termasuk membantu calon dalam PRN, jadi kita sedang memujuk dan memahamkan mereka,” katanya.
Balasundaram menjelaskan…