Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemimpin PAS gesa PM tolak tajaan lawatan rasmi

today22 November 2024

Background


Naib Presiden PAS Amar Abdullah kata Anwar Ibrahim harus tolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi, kerana bimbang amalan itu memberi contoh buruk kepada penjawat awam.

Naib Presiden Amar Abdullah berkata tindakan menerima tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi membuka ruang kepada konflik kepentingan dan menjejaskan integriti pentadbiran.

“Ia juga mencetuskan persepsi bahawa keputusan kerajaan boleh dipengaruhi oleh kepentingan pihak penaja, sekaligus menghakis keyakinan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

“Lebih membimbangkan, amalan ini memberi contoh buruk kepada penjawat awam. Ia berpotensi mewujudkan budaya kronisme dan rasuah dalam pentadbiran, merosakkan kepercayaan kepada institusi kerajaan.”

Amar berkata Anwar sebagai perdana menteri harus menolak tajaan sebegitu dan memastikan semua perbelanjaan rasmi dibiayai secara telus…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post