Hot FM

Pemimpin PAS minta Umno tinggal DAP untuk jayakan agenda Rumah Bangsa


umno
Presiden Umno Zahid Hamidi bangkitkan agenda Rumah Bangsa pada Perhimpunan Agung Umno 2025 (PAU2025).
PETALING JAYA:

Usaha Umno menyatukan orang Melayu di bawah agenda ‘Rumah Bangsa’ hanya boleh berjaya jika tiada partinya bekerjasama dengan DAP, kata seorang pemimpin PAS.

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha Agung PAS Syahir Che Sulaiman menyarankan Umno memulakan langkah pertama dengan meninggalkan DAP bagi menjayakan agenda penyatuan ummah.

Syahir Che Sulaiman.

Ini kerana beliau mendakwa tiada orang Melayu boleh menerima agenda DAP yang kini bekerjasama dengan Umno menerusi kerajaan perpaduan.

“PAS sentiasa terbuka dengan agenda penyatuan ummah atas dasar Ta’awun Siyasi (kerjasama politik) yang meletakkan agenda Islam di hadapan, melebihi kepentingan parti dan peribadi.

“Umno perlu buktikan keikhlasan dengan berani dan bermaruah. Langkah pertama, tinggalkan DAP.

“Tiada rumah orang Melayu boleh terima agenda DAP di dalamnya,” kata Ahli Parlimen Bachok itu kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version