PETALING JAYA: Pemimpin PAS dan PKR tidak melihat perpecahan parti politik di Sabah punca parti tempatan tidak dapat menguasai landskap politik negeri seperti di Sarawak.
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aliakbar Gulasan sebaliknya berkata, rakyat di negeri itu lebih mengutamakan parti yang dilihat benar-benar jujur dan ikhlas dalam memajukan negeri.
“Bukan isu parti politik Sabah, tetapi lebih kepada perjuangan hak Sabah dan integriti dalam pelaksanaan pembangunan.
“Dalam konteks Sarawak, latar belakang kewujudan parti politiknya mungkin berbeza. Yang dicari oleh rakyat Sabah adalah parti yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam membawa suara dan perjuangan Sabah,” katanya kepada FMT.
Beliau bersetuju jika hanya dua gabungan besar dibentuk di Sabah bagi mengelakkan perpecahan, tetapi menegaskan kebebasan rakyat dalam menyuburkan…