

Dua pemimpin PAS mungkin secara halus menyindir rakan dalam Perikatan Nasional, Bersatu, susulan pemecatan Timbalan Presidennya Hamzah Zainudin, serta tiga lagi Ahli Parlimen.
Dalam hantaran di Facebook, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari, berkata sukar untuk ‘hidup bersama jiran yang bising’.
Beliau turut memuat naik lakaran seorang lelaki menutup telinganya dengan bantal ketika dua jiran sedang bertengkar.
Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad pula dalam hantarannya berkata: “Sebuah kapal yang sedang bergelut tidak mampu memimpin armada, terutamanya apabila ia sedang karam.”
Hari ini, Lembaga Disiplin Bersatu memecat Hamzah, yang juga ketua pembangkang selepas didapati melanggar Perkara 9.1.4 dalam perlembagaan parti, yang mewajibkan semua ahli mematuhi perlembagaan, kod etika, dan kod tingkah…