

Pemuda PAS Selangor menyatakan 10 sebab kenapa PAS wajar diberi peluang memimpin Perikatan Nasional (PN) negeri itu, termasuk mempunyai jentera akar umbi dan pengalaman dalam pentadbiran.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Suffi Kamari berkata jika PN mahu menawan negeri itu pada PRU16, gabungan itu memerlukan kepimpinan yang lebih agresif, segar dan benar-benar bersedia menggerakkan seluruh kekuatan akar umbi.
“Kekuatan PAS bukan bermusim ketika pilihan raya. Kita ada jentera daripada negeri, kawasan, DUN, cawangan yang bekerja sepanjang masa.
“Kita juga mempunyai pimpinan berpengalaman dalam pentadbiran, politik, organisasi dan perjuangan akar umbi. Jangan gambarkan seolah-olah tiada orang lain mampu memimpin PN Selangor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Jawatan pengerusi PN…