
PETALING JAYA: Pemahaman pemimpin kerajaan persekutuan yang lemah tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi antara faktor penyumbang kepada kelewatan memenuhi tuntutan Sabah berhubung hak negeri, kata Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) Pandikar Amin Mulia.
Beliau menggesa pemimpin persekutuan agar mengkaji perjanjian dan dokumen berkaitan, seperti laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), laporan Suruhanjaya Cobbold, dan Perjanjian 20 Perkara.
“Mereka langsung tidak tahu … tidak faham apa itu IGC, Suruhanjaya Cobbold,” kata Pandikar selepas menghadiri acara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kota Kinabalu, lapor Borneo Post.
“Mereka tidak tahu proses pembentukan Malaysia. Itulah sebab mereka lambat faham permintaan kita. Apabila kita bangkitkan permintaan Sabah, segelintir antara mereka kelihatan keliru, seolah-olah…