Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemimpin PKR keliru dakwaan ‘tiada kerjasama’, kata hubungan BN-PH Kedah harmoni

today20 January 2026

Background


Pemimpin PKR Kedah kata hubungan antara PH dan BN di Kedah ‘antara paling harmoni’ di sebalik ketidakpuasan hati pemimpin Umno Kedah baru-baru ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Seorang pemimpin PKR Kedah menepis dakwaan Umno diketepikan dan dihadkan peranan dalam sekretariat perpaduan negeri lalu mendorong gesaan parti itu bertanding solo pada PRU16.

Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Nor Azrina Surip, berkata beliau keliru dengan dakwaan Ketua Penerangan Umno Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin, bahawa kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak wujud.

Menurutnya, hubungan antara PH dan Barisan Nasional (BN) di Kedah antara paling harmoni, serta mereka terawal mengadakan konvensyen yang setuju menubuhkan sekretariat bagi merancang gerak kerja.

“Saya tak rasa teruk sangatlah perpaduan dan tak tepat kalau nak kata tiada apa,” kata bekas ketua PKR Kedah itu kepada FMT.

Isnin lalu, FMT melaporkan kenyataan Shaiful yang mendakwa hubungan BN dan PH seolah-olah tidak

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar


Previous post